|

Mahallah Uthman Ibn Affan

Salah satu gambar yang diambil oleh peserta yang menyertai Uthman Photograph Challenge 2010

Sambutan Maulidurasul UIAM 2011

Sekitar sambutan Maulidurasul di UIAM pada 15 Febuari 2011.

DoTA dan PES Tournament 2011

Kejohanan Defend Of The Ancient dan Pro Evolution Soccer di Mahallah Uthman

University Sport Carnival 2010

Sebahagian daripada kontigen Mahallah Uthman bersama-sama dengan kontigen dari mahallah lain semasa acara penutup USC 2010

Principal Mahallah Uthman bersama-sama fellow

Principal dan fellow menyaksikan program riadah semasa sambutam pelajar baru ke Mahallah Uthman

There was an error in this gadget

01 May 2012

Mahallah Uthman Ukhuwah Camp '12

Mahallah Uthman Ukhuwah Camp '12
held on 30th March - 1st April 2012
at El-Azzhar CAmp, Morib


22 April 2012

Sungguh Aku Rindu...


Oleh Shahirun Azri Nordin


Awan masih lagi menitiskan butir-butir hujan yang turun membasahi bumi. Unggas pula seakan sibuk mencari dahan-dahan rimbun untuk dijadikan tempat berteduh. Sang mentari pula tersembunyi disebalik awan-awan hitam. Pada ketika itulah, perlahan-lahan kakiku melangkah menuju jendela sambil membawa secawan kopi beserta sepiring pisang goreng panas buatan ibu. Hatiku berbisik memuji akan keindahan dunia ciptaan Ilahi ini.

Acap kali kakiku melangkah kembali ke bumi bertuah ini, pelbagai kenangan silam yang indah akan muncul dalam kotak fikiranku. Di tanah bertuah inilah aku dibesarkan dan dididik bagai menatang minyak yang penuh. Sesungguhnya, tanah inilah yang menyimpan pelbagai memori suka duka serta menjadi saksi akan kenakalan serta kedegilanku. Kini, aku telah berhijrah dan meneruskan pengajianku di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kuala Lumpur. Hampir dua tahun aku menjadikan bandaraya Kuala Lumpur itu sebagai kampung keduaku. Kadangkala, sayu menerjah hati ini terkenangkan desa tercinta yang jauh lebih aman, damai dan indah jika dibandingkan dengan bandaraya yang sarat dengan ribuan penghuni kota, binaan-binaan konkrit di kiri dan kanan jalan serta pelbagai jentera-jentera moden memenuhi ruang jalan.  

“Mak... aku rindu rumah... aku rindu kampung...” Suara kecil hatiku seakan-akan menangis meraung menahan sakit.

Sungguh aku merindui kampung halaman tercinta. Namun, niat ikhlas untuk menuntut serta mencari ilmu demi mengejar cita-citaku, menjadi pengubat kesedihan hati itu. Aku berjanji yang aku pasti akan pulang ke situ nanti.

Tiba-tiba dentuman guruh menyedarkanku dari lamunan itu. Ketika itu aku melihat Abah Zul sedang membanting tulang di sawah manakala Ibu Rokiah pula sedang leka melayan kerenah cucunya yang baru berusia tiga tahun. Aku tersenyum sendirian, gembira kerana telah pulang ke kampung halamanku.

“Zafirah, cepat mai sini” panggil aku akan si kecil itu. Datanglah Zafirah dengan berlari-lari anak menuju kepadaku.
“Urm... nak coklat ni?” soal aku lagi.
“Nak... nak... tolong Pak Su, bukakan” ucap si kecil itu.
Okay...nah ambik ni...pi balik kat tok tu” balasku. 

Geli hati melihat telatah Zafirah itu. Walaupun baru berusia tiga tahun, namun gelagatnya seakan-akan tidak mencerminkan usianya. Inilah satu-satunya anak saudara yang aku miliki, hasil perkongsian hidup abang sulungku bersama isterinya. Senyuman masih lagi terukir ikhlas di bibirku. Telatah si kecil itu sungguh membuatkan hatiku senang dan tenang.

Suasana petang itu semakin dingin. Kelihatan kelibat para petani masih meneruskan pekerjaan. Raut wajah masing-masing menjelaskan kegembiraan yang terbuku dalam hati mereka. Betapa titis-titis hujan yang masih lagi turun membasahi bumi merupakan nikmat buat mereka. Sesungguhnya, hujan merupakan satu pemberian yang dikurniakan oleh yang Esa buat hamba-hambanya untuk mereka bersyukur. Sewaktu sedang enak menikmati aturan alam oleh yang Esa, mindaku seakan-akan terpanggil mengimbau nostalgia yang pernah berlaku di tanah bertuah ini. Ketika itu, usiaku baru mencecah lapan tahun.

“Anip... nak ikut abah?” soal abah.
“Nak pi mana abah?” tanya aku kembali.
“Abah nak pergi mengai dekat belakang tu. Kalau nak pi... jom” pelawa abah.
“Urm.... best ka abah?” sambutku akan pelawaan itu.
“Kalau nak tau best ka... tak best ka... kena la try sendiri” abah mengukir sekilas senyuman.
“Urm... okay-okay... Anip nak ikut abah... tunggu sat, nak ambik kasut.” Kembali aku bersuara.

Pengalaman pertama mengail ikan bersama abah masih lagi segar dalam ingatanku. Pada ketika itulah, aku telah digigit oleh beberapa ekor pacat ketika sedang leka menanti umpanku dijamah oleh penghuni dasar sungai itu. Pada detik itu jugalah aku telah belajar mengenali jenis-jenis ikan air tawar seperti puyu, haruan, keli, sepat serta lampam. Sungguh aku tidak menyangka, peristiwa itu telah pun berlalu hampir dua belas tahun. Kini, usiaku telah mencecah dua puluh tahun. Sememangnya pengalaman indah itu tercipta dek kerana aku adalah anak jati kampung ini. Yang membezakan aku dengan anak-anak di bandar adalah pengalaman seperti ini.

            Dahulu, kini dan bakal selamanya kampungku akan tetap aman, damai dan indah. Di kampungku, kami punyai ramai anak-anak kecil yang ceria, juga gadis-gadis yang sopan dan manis dipandang. Kewujudan beratus-ratus pemuda tampan serta bervisi, kaum-kaum ibu yang penyayang serta bapa-bapa yang sangat berani mewarnai keindahan kampungku ini. Sekali lagi lamunanku terhenti, namun kali ini dek kerana mendengar suara ibu memanggil namaku.

            “Anip... pi kedai sat, hujan dah segheyat ni” pinta ibu.
            “Nak beli apa?” balas aku.
            “Belikan mak mee sanggul, fish cake, kicap dan sos... Nak buat mee goreng  kat abah la...” jawab ibu akan soalanku itu.
            “Urm... okay... duit?” soalku lagi
            “Ambik kat dalam bakul tu” kata ibu sambil menunding jari kearah sebuah bakul berisi wang kertas.
            “Pak Su... nak ikut...” rintih si kecil sambil menggoncangkan kakiku.
            “Tak payah pi la... sat lagi demam tak pasai ja...” lancar lidahku menuturkan kata-kata itu.
           
            Kunci motosikal dicapai dari tempat simpanan. Aku bergegas keluar menerusi pintu belakang rumah. Lalu kakiku pantas menyarung sepasang capal biru buatan anak tempatan. Sebuah motosikal bewarna hitam pekat berjalur hijau tersimpan kemas di situ. Saat aku menghidupkan enjin motosikal tersebut, sinar mataku terlihat akan kelibat anak-anak kecil kampung ini sedang leka bermain di padang. Tanpa menghiraukan keadaan padang, mereka terus bermain.

“Sat lagi la tengok balik budak-budak tu main...” hatiku berbisik sendirian.

            Sekembalinya aku dari kedai Mak Cik Nab yang terletak di hujung kampung sana, suara ibu kembali kedengaran memanggil namaku. Kali ini dengan nada yang agak sama seperti ketika ibu memanggilku untuk memintaku ke kedai.
           
“Anip... mana barang yang mak suruh beli tadi?” pantas ibu bertanya.
            “Haa... ni dia benda-benda yang mak pesan tadi...” sahut aku kembali.
            “Urm... letak atas meja tu... sat lagi mak ambik” ucap ibu sambil tersenyum.
            Okay. Mak... nak pi padang sat boleh?” kini aku melontarkan satu permintaan yang pada fikiranku, tidaklah sukar untuk mendapatkan kebenaran ibu.
            “Pi la... tapi... mesti balik sebelum maghrib tau.” ibu meletakkan syarat.
            “Baik mak...” janji aku tanda bersetuju dengan syarat itu.

Lalu pantas aku mengatur gerak langkah kakiku. Saat inilah tiba-tiba langkahku terhenti pula di muka pintu. Kenangan sewaktu bermain bola bersama rakan-rakan sekolah rendah kembali segar dalam fikiranku. Peristiwa rakan karibku Adam Haikal yang terjatuh ketika bermain dek kerana keadaan padang yang terlalu basah dan licin masih utuh berlegar-legar dimindaku. Kegagalan temanku Faris Ashraff untuk menyepak masuk bola ke gawang gol masih lagi mampu membuatkan hatiku tertawa sendirian tatkala memikirkannya. Manakala saat rakan sekelasku Aiman Naim dimarahi ibunya pabila pulang ke rumah dengan baju yang kotor, masih lagi menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan. Namun, semua itu hanya berlaku ketika kami berada di darjah empat. Ketika itu, saban petang padang kampung inilah yang menjadi tempat bermain kami semua, anak muda kampung ini. Pada ketika itu, masing-masing dengan lagak tersendiri, menunjukkan kehandalan yang dimiliki ketika beraksi. Malangnya, kenangan indah itu hanya tinggal sejarah, aku hanya mampu membayangkan kembali segala pahit manis ketika itu. Kini, Adam, Faris dan juga Aiman masing-masing punyai kehidupan tersendiri. Adam dengan pekerjaanya, Faris pula sudah berpindah ke Terengganu bagi menemani orang tuanya yang sedang sakit, manakala Aiman pula telah lama meninggalkan Malaysia demi mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai jurutera di luar Negara. Sungguh indah tatkala dikenangkan saat-saat bersama mereka semua itu. Aku kini semakin rindu akan kemeriahan suasana itu.

            Mentari mula menjelmakan dirinya setelah lama dilindungi awan. Nyiur melambai gembira seakan menari-nari mengikut rentak bayu yang berhembus. Deruan enjin kenderaan semakin memenuhi jalan. Unggas pula kembali berterbangan bebas di udara. Namun, langkah kakiku masih terhenti di muka pintu teratak indah milik keluargaku ini. Sungguh cantik suasana petang itu.

Sekali lagi, mindaku ligat mengimbau kembali nostalgia yang pernah berlaku padaku di kampung ini. Kali ini fikiranku seakan-akan terarah melihat sawah yang terbentang luas. Di situlah aku bersama rakan-rakan mula mengenali jentera padi yang mana digunakan untuk menuai padi-padi yang telah masak. Pada saat itu jugalah aku telah melalui pengalaman berharga menaiki jentera yang kebiasaannya berwarna kuning itu. Sememangnya aku tidak menyangka yang pengalaman itu sukar diperolehi terutamanya bagi mereka yang tinggal di Bandar. Bukan mudah untuk mencari sepetak sawah di tengah-tengah kota yang penuh dengan pelbagai rekaan teknologi moden. Itulah yang membezakan kami anak-anak kampung dengan mereka yang berada di bandar.

            Ayunan langkah Mak Cik Gayah telah membuatkan aku kembali terjaga dari lamunanku. Kelihatan wanita berusia itu memegang erat sebatang joran berserta sebotol tong minyak masak sedang menyusun langkah menuju ke suatu tempat. Detik inilah, diriku seakan mendesak untuk bersuara.
           
            “Cik Gayah... nak pi mana tu? nak pi mengai ka?” soal aku.
            “Haa Anip... nak pi mengai la ni... lama dah cik tak pi mengai...” sahut Mak Cik Gayah.
            Mengai kat mana?” aku kembali bertanya.
            “Kat Parit Haji Man tu haa...” balas Mak Cik Gayah ringkas.
            “Owh... tak kan pi berjalan ja kot? Jauh tu cik...” kali ini aku kembali mengajukan soalan buat Mak Cik Gayah.
            “Dak la... sat lagi Abang Mad mai bawa motor...” terang Mak Cik Gayah.
            “La... Abang Mad ada ka... tak nampak pon dia...” spontan kata-kata itu lahir dari bibirku ini.
            “Dia baru ja balik tadi... haa... tu pon dia dah mai... cik pi dulu ya...” ucap Mak Cik Gayah sambil melambai tangan memberi isyarat akan Abang Mad.
            Okay... kirim salam kat Abang Mad...” jeritku lagi.

Kelibat Mak Cik Gayah makin menghilang bersama Abg Mad menuju Parit Haji Man. Selepas hilangnya kelibat mereka berdua, aku menyusun kemas langkah kakiku menuju beranda yang terletak di bawah pohon rambutan tinggalan nenek. Hati kecilku berbisik alangkah bahagianya jika aku miliki keupayaan untuk mengembalikan masa lalu. Namun... aku cuma insan biasa yang hanya mampu bernafas di atas muka bumi Allah ini. Tidak punyai sebarang kuasa magis. Lalu aku duduk bersandar di atas beranda itu sambil menikmati bumi ciptaan Ilahi ini.  

              Setelah hampir satu jam setengah aku menghabiskan masa menghirup udara segar dari atas beranda kayu buatan abahku itu, kelihatan sinar mentari petang makin menghilang. Langit yang pada asalnya bewarna biru cerah kini telah bertukar warnanya. Burung-burung yang berterbangan bebas di serata awan telah pun kembali ke sarang. Para pesawah dan petani sudah pun beredar dari sawah serta kebun mereka. Gemersik alunan ayat-ayat suci Al-Quran semakin kuat berkumandang. Kini, seluruh kampung mulai diterangi dengan cahaya lampu neon.

Pada ketika inilah, sekali lagi suara si ibu kembali kedengaran memanggil anaknya yang sedang leka menikmati keindahan kampung halamannya itu.

“Anip... dah nak masuk maghrib dah ni... cepat masuk pi mandi, lepas tu makan... bas balik KL pukul 9.00 malam tau... lambat sat lagi... susah pulak” pinta ibu lembut.
Okay...” sepatah aku membalas.

Pada saat inilah senyuman kegembiraan kembali terukir di bibirku tatkala mengenangkan keindahan panorama dan suasana yang telah wujud sejak sekian lama di kampungku ini. Sesungguhnya keindahan panorama dan suasana ini bakal tersemat utuh dalam sanubariku hingga ke akhir hayat. Walau hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 


15 April 2012

New carpet installation; Musolla Mahallah Uthman

Alhamdulillah, after a lot of hardships, MURC managed to settle the Qiblah issue, thus collecting a fund for new carpet installation.






The parable of those Who spend their substance In the way of Allah is that Of a grain of corn: it groweth Seven ears, and each ear Hath ahundred grains. Allah giveth manifold increase To whom He pleaseth: And Allah careth for all And He knoweth all things.


Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah* adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Al-Baqarah: 261



*Pengertian menafkahkan "harta di jalan Allah" meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.






thanks to all donors!
Barakallahufikum.


05 April 2012

Pick up trash campaign! A congratulatory flashmob

salam alyk'




Pick up trash! ; Congratulatory Flashmob is an event organized by Mahallah Uthman Representative Committee on 31st March 2012 at Morib Beach. This is a part of Community service that we'd conducted as promoting the Evergreen Go Green Campaign.

The Prophet (pbuh) said: "Every good deed is charity." (Bukhari) He also said: "On every person's joints or small bones (i.e. fingers and toes), there is sadaqah (charity) due every day when the sun rises. Doing justice between two people is sadaqah; assisting a man to mount his animal, or lifting up his belongings onto it is sadaqah; a good word is sadaqah; every step you take towards prayer is sadaqah; and removing harmful things from pathways is sadaqah." [Muslim]

*sadaqah means charity

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage