|

There was an error in this gadget

05 March 2011

Kes Kecurian Di Mahallah : Ambil Langkah Berjaga-jaga


Musim peperiksaan akhir semester akan tiba tak lama lagi. Lazimnya kes-kes kecurian meningkat di musim-musim peperiksaan akhir semester. Sebelum ia terjadi kepada anda, mari kita bersama-sama ambil langkah awal mengurangkan jenayah ini di mahallah kita.



1. Pastikan pintu bilik sentiasa berkunci.

Anda dinasihatkan untuk sentiasa mengunci pintu bilik setiap masa. Walaupun dengan hanya pergi ke tandas mengambil wudhu’ atau mandi seketika, pastikan pintu bilik berkunci. Pencuri takkan mengambil masa yang lama untuk melakukan jenayah ini.

2. Simpan barang-barang berharga.

Kebanyakan daripada kita biasanya tidur lewat malam sambil membuat assignment dan sebagainya. Kadangkala kita terus tidur sambil laptop diletakkan di atas meja dan loker tidak berkunci. Tabiat seperti ini akan memberi ruang kepada pencuri. Pastikan anda sentiasa menyimpan barang berharga sebelum tidur dan ketika hendak keluar. Lock laptop tu bukan kuat sangat. Kes kecurian laptop di mahallah lain berlaku walaupun laptop itu telah dikunci.

3. Elakkan ‘squatting’

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa kenalan-kenalan dari luar tinggal di bilik anda untuk jangkamasa yang lama. Hal ini akan menimbulkan syak kepada orang lain jika ada kes-kes kecurian. Kita mungkin tidak menuduh sesiapa tetapi mengambil langkah awal sebelum terkena.

4. Tahan orang yang disyaki

Jika ada orang-orang yang disyaki atau mencurigakan masuk ke bilik anda, tahan tangan orang tersebut dan soal selidik tujuan dia. Biasanya helah pencuri gunakan ialah ingin mencari seseorang, mencari kereta sewa dan sebagainya bagi mengalihkan perhatian jika dia perasan ada orang di dalam bilik.Jangan mengambil tindakan sendiri jika terserempak dengan kumpulan pencuri tetapi tahan mereka sehingga pengawal tiba.

5. Tampal nombor telefon pengawal keselamatan.

Dalam apa juga keadaan, nombor telefon unit-unit penting di UIA ni memang perlu disimpan sentiasa. Dapatkan nombor telefon tersebut di bilik MRC atau pejabat mahallah, nanti anda akan diberi satu kertas kecil yang ada semua nombor penting di UIA. Letak di tempat yang mudah dilihat,kalau ada kes yang mencurigakan boleh telefon guard terus.

Jadi, dengan musim final exam yang dah dekat ni ambil langkah berjaga-jaga dan awasi barang berharga anda. Kita semua student kan, banyak perkara penting yang nak dibeli. Kalau hilang barang, susah juga. Beringatlah sebelum terkena.

1 comments:

Wujudkan Buku Rekod Sejarah Kecurian.
Jikalau ada pelajar yang mahir Bidang It minta tolong dia buat peta digital untuk klasifikasikan kawasan tumpuan pencuri

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage