|

There was an error in this gadget

03 February 2011

University Sport Carnival 2010


Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada pembaca.

University Sport Carnival baru saja tamat sebulan yang lalu dan sebelum cuti mid sem ni beberapa acara dalam MASUM telah berlangsung di UIAM. Antaranya ragbi dan sepak takraw. USC 2010 menyaksikan peningkatan dalam pencapaian atlet Mahallah Uthman. Tahniah anda semua !


Kalau dilihat pada gambar diatas, Mahallah Uthman berjaya menduduki tempat ketiga tahun untuk USC kali ni dengan 3 Emas, 1 Perak dan 5 Gangsa. Antara penyumbang emas adalah acara bola keranjang. Perlawanan dengan atlit siddiq memang sengit dan kemenangan dibezakan dengan 1 mata.

USC 2010 menyaksikan ramai atlit-atlit berbakat muncul untuk acara tertentu seperti lari pecut 100meter. Tahniah kepada committee yang terlibat dalam USC terutama kepada bahagian PC Central, atlit-atlit yang mewakili Mahallah Uthman dan juga semua mahallah yang bertanding. USC 2011 nanti,Mahallah Uthman nak sasarkan berapa emas ye ?.. =)

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage