|

30 January 2012

Kenapa Jual Baucar Buku 1Malaysia

Isu nak jual baucar buku 1Malaysia ni aku tak pelik sebab dari awal waktu kami ambil baucar ni pun, dah ada member offer nak tolak baucar buku 1Malaysia dia dengan harga RM 190. Mungkin ia nada gurauan tapi memang tak mustahil ia akan terjadi. Eh,dah memang terjadi pun. Serba ringkas la aku akan cerita dari pandangan sebagai pelajar IPT yang dapat baucar ni,kenapa mereka nak jual baucar buku 1Malaysia.




1. Akhir Semester, Tunai Diperlukan

Salah satu faktor adalah semasa pemberian baucar buku ni dilakukan, pelajar IPT sedang menjalani peperiksaan akhir semester. Tau-tau je lah student IPT bila akhir semester ni, sedih sangat bila bab duit. Jadi, ada peluang nak dapat duit hentam je lah. Walaupun mungkin ia nampak tak beretika.

2. Dah Graduate, Tak Perlu Beli Buku Lagi

Ada sesetengah pelajar yang semester ini adalah semester akhir dan kebetulan sempat merasa baucar buku 1Malaysia. Pemikiran biasa, dah graduate takde nak beli apa-apa buku. Fikir nak cari kerjaya je lepas graduate dan semuanya berbalik kepada mahukan wang tunai. Kalau dapat cash boleh la buat tuang minyak pergi temuduga, tak pun makan-makan sikit kan.

3. Tak Semua Jurusan Perlukan Buku

Bukan nak cakap buku tak penting, ia penting cuma sesetengah jurusan lebih perlukan bahan-bahan dan alatan. Contohnya jurusan senibina. Nak siapkan projek,printing,beli alatan dan sebagainya cecah ratusan ringgit satu semester. Kalau kejuruteraan macam aku ni, buku biasanya fotostat tak pun pinjam senior-senior. Tapi penting jugalah nak beli buku teks tebal-tebal. Bagi yang sedang menyiapkan projek akhir semester, kos printing laporan je dah berapa ringgit tak termasuk kena reject lagi tuh.

4. Budaya Membaca Masyarakat Malaysia Perlu Dipertingkat

Menurut satu laporan yang aku terbaca sekitar tahun 2009 – 2010 kajian purata rakyat Malaysia membaca adalah 2 buah buku setahun itupun hanya meliputi akhbar dan majalah. Akhir-akhir ini baru meningkat purata tersebut. Sebenarnya, baucar buku 1Malaysia yang diberiakan ni takdelah tertakluk kepada buku akademik saja. 

Kat mana-mana kedai buku contohnya MPH Bookstore, Popular Bookstore, Kinokuniya KLCC dan lain-lain yang ada banner “Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia”. Mudah nak tukar baucar buku ni cuma budaya membaca tu perlu ditingkatkan lagi. Bahan bacaan ni bergantung kepada individu. Kalau blogger belilah buku bisnes internet, tak pun macam aku boleh juga buat beli novel.

Jadi,apa yang diberikan kepada pelajar IPT ini satu peluang. RM 200 untuk beli buku dan apa saja keperluan belajar. Memang pada mulanya terhad kepada buku akademik tapi sekarang penggunaannya meluas dan pelbagai di gedung-gedung buku. Member-member aku yang gila buku dah shopping sakan berbakul-bakul buku dibelinya.

Yang kurang kat sini adalah etika dan kesedaran tentang penggunaan baucar buku tersebut. Etika tu meliputi tujuan penggunaan baucar tu sendiri lah kan. Dan lagi satu, nilai dan budaya membaca masih kurang dalam diri kita. Mungkin dimasa akan datang, kerajaan perlu semak balik perlaksanaan baucar buku 1Malaysia bagi memaksimakan manfaatnya.

#Baucar Buku 1Malaysia dilabel gula-gula pilihanraya?

 __________________________________

Tulisan ini ialah pendapat individu. Penulis boleh dihubungi di laman blognya - http://www.izwanyusof.com/blog


0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage