|

02 February 2011

Blog Komuniti Uthman


Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada pembaca.

Alhamdulillah Blog Komuniti Uthman telah pun dilancarkan untuk sesi 2010/2011 ini. Ringkasnya blog ni bercorakkan santai dan memberi input, berita dan perkembangan tentang apa yang telah ataupun sedang berlaku di Mahallah Uthman Ibn Affan.




Blog Uthmanians merupakan blog bahasa melayu direka khusus sebagai platform untuk penduduk Mahallah Uthman Ibn Affan mendapatkan berita-berita perkembangan ringkas di Mahallah serta berkongsi idea, pendapat mahupun cadangan. Kehidupan di mahallah umpama hidup dalam satu masyarakat besar yang memerlukan kita saling berinteraksi sesama jiran sebelah bilik juga sebelah blok, jadi kita boleh hidup dalam suasana yang saling bantu membantu.

Disini, selain itu anda juga boleh mengiklankan apa-apa jenis produk seperti sewa kereta, printing service, produk dan lain-lain disini. Kita berkongsi dalam satu komuniti bagi memudahkan orang lain mencari maklumat dengan cepat. Kos pengiklanan ? Perlukah ? Takpe, nanti akan diceritakan selanjutnya.

Akhir kata, kami dari pihak MRC Mahallah Uthman 2010/2011 mengucapkan selamat datang kepada anda warga Mahallah Uthman dan pelajar-pelajar UIAM yang lain. Disini kita berkongsi dan saling memberi manfaat antara satu sama lain.

0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage