|

03 February 2011

Pilihanraya Kampus 2011. Bangkitkan Suara Mahasiswa


Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada pembaca.

Seperti yang kita tahu, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM ( student representative council ) telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan ( AGM ) pada 24 Januari 2011 yang lalu. Biarpun berlaku beberapa insiden namun AGM tetap berjalan seperti yang dirancang. Kami dari MRC Uthman mengucapkan tahniah kepada SRC IIUM 2009/2010. Selesai AGM bermakna Pilihanraya Kampus bakal bermula. Bersedia anda untuk PRK kali ni ?


Tarikh penamaan calon boleh dilakukan pada 16 Febuari 2011 dan seterusnya proses pengundian akan berjalan pada 22 Febuari 2011. PRK merupakan medium untuk melatih pelajar-pelajar berpolitik secara sihat disamping menyuarakan pendapat serta permasalahan di dalam kampus untuk kebaikan bersama.

Kehidupan di kampus dengan kapasiti beribu-ribu pelajar sudah tentu punya pelbagai ragam. Jadi suara perwakilan ini penting bagi memastikan komuniti UIAM berada dalam keadaan yang stabil. Calon-calon ini juga mesti dari kalangan rakan-rakan kita juga kan ? Pilihlah calon yang anda rasakan layak untuk mewakili suara pelajar-pelajar di UIAM ini. Info PRK boleh didapati di S-DEV IIUM.

0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage