|

12 February 2011

Program OPS FAJAR, Mari Hidupkan Sunnah


Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada pembaca.

Pada 18 Febuari 2011 ( Jumaat ) , MRC Mahallah Uthman akan menganjurkan satu program OPS FAJAR bagi bersama-sama mengajak penduduk mahallah uthman untuk solat subuh berjemaah di surau.



Objektif program kali ini ialah memberi kesedaran dalam kalangan penduduk mahallah uthman akan kepentingna solat berjemaah. Di samping itu kita juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim dengan turun beramai-ramai dan berjumpa dengan komuniti mahallah uthman. Pada pagi jumaat dalam jam 4.00 pagi nanti, kita akan bersama-sama pergi dari bilik ke bilik untuk mengajak semua penduduk mahallah uthman solat subuh di surau. Selepas solat subuh dan tazkirah, sarapan pagi disediakan dan kita boleh bersarapan bersama.

*Aturaca program :

4.00 pagi : Bergerak ke setiap bilik
5.15 pagi : Qiamulail
6.00 pagi : Persiapan untuk solat subuh
6.09 pagi : Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi : Sesi tazkirah dan perkongsian ringkas
7.00 pagi : Sarapan
7.15 pagi : Bersurai

*tertakluk pada pindaan

Anda dijemput untuk bersama-sama turun ke musolla pada pagi Jumaat nanti. Jika ada sesiapa yang ingin membantu untuk bergerak dari bilik ke bilik, boleh tidur di bilik MRC pada malam Khamis dan kita akan bangun dan bergerak bersama-sama jam 4.00 pagi Jumaat.

Pertanyaan, hubungi :

Ashraff – 013 4452502
Edy Fazli – 013 3560394

0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage