|

19 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UIAM 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti telah pun diadakan pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 25 Februari 2011 yang lalu. Program tahunan ini mewajibkan setiap mahallah menghantar wakil kontinjen masing-masing untuk perarakan maulidur rasul termasuklah wakil kontinjen daripada  mahallah Uthman Ibn Affan. Para peserta diminta untuk berkumpul di Stadium Saidina Hamzah sebagai tempat permulaan bagi perarakan tersebut seawal jam 7pagi.




Kemungkinan disebabkan peperikasaan pertengahan semester masih belum selesai sepenuhnya, kontinjen Uthman hanya dapat menghantar 15 orang wakil untuk kontinjen kali ini. Perarakan tersebut bermula kira-kira pada pukul 8.30 pagi selepas ucapan daripada VIP jemputan. Perarakan berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, IIUM kira-kira pada pukul 9.30 pagi dan aktiviti seterusnya dijalankan di masjid tersebut. Persembahan selawat oleh kumpulan In-Team dan majlis peyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan banner dan parade yang diwakili oleh mahallah masing-masing mengakhiri program maulidur rasul pada hari itu. Semoga sambutan maulidur rasul kali ini dapat memberi impak kepada peserta-peserta program untuk sentiasa mengamalkan sunnah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage