|

06 February 2011

Sekitar Cuti Pertengahan Semester, Apa Yang Berlaku ?

Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada pembaca.

Cuti pertengahan semester telah pun tamat dan esok kita perlu kembali ke kelas seperti biasa. Pasti bagi pelajar-pelajar Malaysia ramai yang menghabiskan masa di kampung halaman dengan pelbagai aktiviti kan ? Cuti selama seminggu juga menyaksikan pelbagai episod berlaku di sekeliling kita.


1. Assignment dan Exam

Sudah tentu ramai yang pulang ke kampung membawa ‘bekalan’ yang disediakan oleh pensyarah masing-masing. Yang dimaksudkan ialah assignment dan persediaan untuk menghadapai mid term exam. Bagaimana tugasan anda ? dah diselesaikan semuanya ? Bagi yang masih mempunyai mid-term minggu ini, selamat maju jaya diucapkan. Harap dapat buat yang terbaik ya.

*program Edu Visit ditangguhkan ke bulan Mac kerana minggu ini sibuk dengan mid-term

2. Banjir Besar Di Beberapa Negeri

Cuti ini juga menyaksikan beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Melaka dan Pahang dilanda banjur besar. Hujan lebat tanpa henti selama 2 – 3 hari, jadi air sungai di beberapa bandar utama melimpah keluar dan beberapa jalan perhubungan terputus. Nampaknya banjir kali ini seperti yang berlaku pada tahun 2004 dan 2006 yang lalu. Jadi, kita doakan semoga mangsa-mangsa banjir ini berada dalam keadaan selamat dan bantuan dipermudahkan. Ada hikmah disebalik kejadian ini kan ?

3. Pergolakan Di Mesir


Cuti ini juga turut menyaksikan keadaan di Mesir dalam keadaan kritikal sekarang ini. Sudah pasti anda di UIAM ini punya ramai rakan yang belajar di Mesir terutama dalam bidang perubatan dan bidang agama. Pergolakan di Mesir tercetus kerana rakyat Mesir tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan yang dilihat menindas rakyat di sana. Sekarang, proses untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir sedang berjalan. Anda boleh dapatkan maklumat mengenai krisis ini di blog Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita. Kita sama-sama berdoa agar nasib umat Islam di sana selamat .


Pelbagai episod telah berlaku disekeliling kita. Jadi cuti ini apa yang telah anda lakukan dan bagaimana anda mengisi masa cuti anda ? Apapun, yang pasti hari esok separuh masa kedua semester ni telah bermula.

Selamat Berjaya buat semua !

0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage