|

08 November 2011

[UCAPAN] Amanat Dr Abdul Bari Awang kepada MURC 2011/2012


Alhamdulillah, mesyuarat antara jawatankuasa perwakilan Mahallah Uthman (Mahallah Uthman Representative Committee - MURC) dengan para Felo serta bekas Pengetua sesi 2009/2011 telah berjaya diadakan pada malam Isnin 31 haribulan Oktober yang lepas.

Di dalam pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, ada beberapa perkara telah dibincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang dua bulan terakhir tahun 2011.

Dr Abdul Bari Awang, dalam amanat terakhirnya menitikberatkan keseimbangan komitmen oleh ahli jawatankuasa perwakilan antara pencapaian akademik dan aktiviti-aktiviti Mahallah. Setakat ini, dia sangat berpuas hati dengan pencapaian pimpinan MURC terdahulu dari segi akademik dan juga pengendalian program-program Mahallah.

Katanya lagi, sepanjang pengalaman beliau di kampus ini, dia telah menjadi saksi insiden seorang Presiden dan Setiausaha yang terkandas dalam pengajian akademik mereka kerana kegagalan mereka membahagikan komitmen antara akademik dan aktiviti-aktiviti Mahallah. Beliau juga berharap insiden sedemikian tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Seterusnya, ucapan tahniah juga acap kali diulang sebut sebagai sumber inspirasi kepada barisan baru MURC kerana menyahut cabaran dilantik sebagai MURC. Ini ialah berikutan kesukaran yang timbul dalam mencari pimpinan baru untuk MURC saban tahun.

Tambahnya lagi, trend universal majikan era ini dalam merekrut pekerja lebih cenderung meletakkan soft skills sebagai prioriti utama sebelum kelayakan akademik. Justeru, memilih untuk menjadi MURC adalah salah satu cara bijak untuk memahirkan diri dengan skil-skil berkaitan.

Dalam masa yang sama, beliau memuji pasukan Felo yang sangat komited dengan aktiviti-aktiviti Mahallah sebelum ini. Akhirnya, beliau berharap supaya keluarga MURC, para Felo, dan Pengetua baru Mahallah Uthman Assoc. Prof Dr. Ramzi akan berjaya membina kimia mantap untuk masa akan datang.


Jawatan Pengetua Mahallah Uthman yang dipegang oleh Dr. Abdul Bari diganti oleh Dr. Ramzi Hussain bermula semester ini.

disediakan oleh 

Bureau of Info & Multimedia.


0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage