|

06 January 2012

2012:1433


Hari berganti hari, bulan demi bulan berlalu, musim pun mengundur diri. Namun, musim yang dimaksudkan bukanlah hanya musim bunga, panas ataupun sejuk. Musim itu boleh jua relatif terhadap individu. Musim senang atau susah, musim cuti atau peperiksaan. Musim kejatuhan atau musim kejayaan.



Ia dintentukan oleh yang Maha Esa tentu sekali Dia Allah Tuhan Pencipta Segala-galanya. Tahun-tahun yang berlalu perlu diambil iktibar. Tidak pedulilah ia tahun Masihi ataupun Hijrah kedua-duanya digunakan untuk mengukur masa. Betapa menunjukkan peri pentingnya masa, sesetengah ulama mengumpakan 'Masa Itu Kehidupan' tak seumpama pepatah 'Time is Gold' kerana emas boleh dibeli; ditukar ganti tetapi hidup sekali cuma;sekali dicoret tiada jalan mengundur ke masa lampau.

Tahun Masihi 2012 atau Hijrah 1433 sudah menapak. Blog ini semakin usang. Mungkin sudah tiba masanya pengunaan kaedah penulisan perlu ditukar. Mungkin lebih segar jika kaedah penulisan ditukar.






 

Namun hakikatnya, musim berubah musim. Musim kejatuhan atau kejayaan. Maka, saya bakal mengalami musim kejatuhan. Siapa sangka,  kata orang, "Jika kita berusaha kita pasti berjaya" sudah membuat saya lali. Bagi saya kata-kata itu tidak ada makna jika tidak ditokok tambah. Umpama kata-kata, "Jika kita hendak menjadi perdana menteri maka berusahalah, pasti berjaya".

Cakap orang berusaha bersungguh-sungguh pasti mendapat kejayaan sebenarnya tidak kuat maknanya. Siapalah kita menentukan hasil usaha kita. Kata-kata yang sepatutnya berbunyi begini, "Berusaha bersungguh-sungguh pasti mendapat hasil; hasil itu boleh jadi kegagalan atau kejayaan. Hasil yang abadi pastilah usaha yang ikhlas di sisi-Nya diterima sebagai pahala. Berusah pula pasti kena gaya dan cara. Contoh mudah, kalau anda lelaki, 1000 tahun anda berusaha pun tidak cukup untuk cuba sendiri melahirkan seorang anak.

Natijahnya, setiap manusia tidak sama kemampuan & kelebihan. Itulah Tuhan beri kehidupan untuk kita berusaha dengan gaya dan cara tersendiri. Lihatlah solat bagi lelaki atau perempuan tidak sama gayanya.

Pendek kata, kemampuan & kelebihan tidak diketahui jika tidak diterokai. Maka, 'Selamat Tahun Baru'. Moga anda tidak mengalah untuk meneroka diri anda sendiri.


*Artikel ini ditulis oleh Muhammad Ashraff b Zainal Alam merangkap Presiden kepada MURC 2011/2012 di blog peribadinya. - Link

0 comments:

Mahallah Uthman Ibn Affan FanPage